hai hai korang semua . ape kabo . sehat ke . wah amik berat ke . hahaha . ops tengok gambo ape tu , oh oh . haha
tadaaa . tengok lah gambo tu . korang mesti kenal sape kan , pelakon tu . eira syazira dan azad yang bekon ceta lu langsi lu mati tu . hahaha .
oke stop ye . segak kan dorang . choki tataw pom dorang nie becinta . ketinggalan kan choki . last last dapat taw dorang dah nikah , fulamak caya lah . choki dapat taw pom masa dok baca paper online tu kan . tetiba je terbace ceta dorang tu ha .
kalo korang nak taw lebih lanjut moh le kite bace ye :)
PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 35, akhirnya bernikah di rumah keluarga Eira di Putrajaya, di sini, malam tadi.dah bace kan . hee . semoga dorang berbahagia lah ye . hingga akhir hayat . ewahhh
Akad nikah dilakukan ayah Eira sendiri, Shuhaimi Acheh pada jam 8.50 malam dan dengan sekali lafaz Eira Syazira sah milik Azad dengan disaksikan Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya, Abdul Manaf Mat.
Hadir sama keluarga Azad dan ibu bapanya, Jeffri Abdullah dan Rosidah Kadir.
Eira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana majlis berjalan lancar dan mengharapkan alam rumah tangga mereka berkekalan selama-lamanya. “Alhamdulillah apa yang kami berdua impikan selama ini berjaya direalisasikan walaupun persiapan dilakukan pada saat akhir dan kami bertuah kerana keluarga banyak membantu.
“Kerjaya kami berdua sebagai anak seni memang memberi ruang yang besar untuk pelbagai spekulasi, namun semuanya berjaya kami tepis dengan keputusan mendirikan rumah tangga ini.
“Apa yang penting sekarang percaturan kami berdua untuk membina keluarga bahagia dan terus menyokong antara satu sama lain. Saya sendiri akan berusaha untuk menjadi isteri yang baik dan memastikan agar ikatan ini berkekalan,” katanya yang menerima mas kahwin RM300, tetapi wang hantaran dirahsiakan.
Pasangan itu mengenakan busana putih rekaan Hairi Tajuddin dan Wanpa malam tadi. Eira menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang kepada Azad yang ditaja sepenuhnya Zaha Wedding Planner dan Ari Wedding Couture.
Selain jam tangan, tas tangan lelaki, kasut dan tali pinggang, pihak Eira turut menghantar jambangan coklat, gubahan buah-buahan, sejadah dan al-Quran, sirih junjung, satu set barangan sukan dari jenama pasukan bola sepak kegemaran Azad, Chelsea dan sepersalinan baju Melayu berwarna putih. Malah, sebentuk cincin yang dirahsiakan harganya juga dikirimkan buat Azad. Manakala pihak Azad membalas dengan beg tangan berjenama Tod’s, jam tangan Fossil, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat, telekung, sejadah, al-Quran, sirih junjung, iPad2 serta sebentuk cincin berlian.
Azad pula yang tampil segak tidak henti melahirkan rasa syukur kerana akhirnya mereka berdua disatukan dengan ikatan suami isteri. “Eira seorang yang penyayang, penyabar dan sentiasa memahami saya dalam apa juga situasi. Jujurnya dialah insan yang tidak henti menyokong kerja dan apa saja masalah yang membebankan saya. Lantas saya percaya Eira adalah permaisuri terbaik buat saya kerana dialah yang melengkapkan hidup saya,” katanya yang merisik serta bertunang pada pertengahan Mei lalu.
Pasangan itu akan melangsungkan majlis resepsi pada 19 November ini di kediaman keluarga Eira di Presint 14, Putrajaya dan 26 November pula di sebelah lelaki di Dewan Merin, Georgetown, Pulau Pinang.
ps : choki bile pulak nak kawen tah , haha .
mood : gatai merenyam . hahaha
salam sayang :)
santapan hati . santapan jiwa . santapan saya .
mai tekan . jangan malu malu . terima kaseh :)
28 comments:
T.T uwaaaaaaaaaaa.. ira syahira ku~~~
wahhh eira syazira suwiiittttt
wahhh..bernikah jugak dOrg...da lme kapel..hehehe *jeles laa*
Thaniah buat mereka..sepadan jer kan.. ;)
SKL pun tataw yg dorunk nih bercinta..taw2 ja dah kawin...moga jodoh mereka bertahan sampy bebila..:)
da tengok jugak tadi.kat melodi rasenye.thaye both make a sweet couple! :)
semoga mereka berbahgaia sampai bile2 :)
mula2 sekali mari kita doakan rumahtangga mrk bahagia hingga ke akhir hayat.
kedua, sy terkejut sbb umur Azad Jazmin, 35 tahun. bukan apa sbb nampak muda jer dia.
suke tengok eira syazira ni.. =)
X sabar na kawen.. Lme gk na tgu sbulan ni.. Haha
syok jugak kawen ni, kan kan??
hahah, semoga diorang berkekalan hingga ke anak cucu
@syahirooAhmad : haha . sabo ye . sile cari yang laen ye kawanku . haha
:)
@hyz:tu lah sangat suwitt . suke suke :)
@ctk : tu lah choki pom tataw dorang kapel . haha
:)
@LiLy @ MumMyQiStInA : tu lah sis . sangat sepadan .hee . :)
@si kiut lavender : tu lah . same je . choki pom cam tu . haha . semoga berkekalan kah hendaknye :)
@aleen aiden : yup sangat sweet kan :)
@alif haris : tu lah . semoga berkekalan lah ye :)
@shameel Iskandar : yep betoi2 . semoga berbahagia .
tu lah muke nampak muda :)
@aisya : same lah choki pom suke je tengok die . hee:)
@MissCt a.k.a MuqDeq : haiyo dah nak kawen ye . hee . sabo sabo :)
@Miz Novexx : tu lah . bila nak kawen tataw . haha . opss .
semoga berkekalan :)
diaorang dah lama ahh bercintun ape ahh mu nih haha . tapi aku suka ezad sebab dia kelakar bila cakap penang . eira pon comel muehhhee
eh dah kawen dah...pasnih choki plak kawen eh..hikhik
alamak... kurang mengenali artis2 baru... =)
@ekabukanmakcikkau. : tu lah kan . rase macam ketinggalan pulak . hahah .
taw tapa . choki pom suka jugak . muahaha . sepadan la . haha
:)
@Ungu Violet : haha . choki kawen ye . lambat lagi . ade la lagik 5 ke 6 taun . hahaha
:)
@Iwanski : hehe . choki pom tak kenal sangat . yg mne kenal tu kenal la . hahaha
Post a Comment